Sekolah Kebangsaan Sugud mengambil nama sempena nama Kampung Sugud.Jauhnya dari Pekan Donggongon,11 km dan 20 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Sekolah ini dibina pada tahun 1954 atas nama Native Voluntary School (NVES).Pengasasnya,mendiang Encik Ephraim Jimis Linoon yang merupakan Guru Besar yang pertama sekolah ini.
Nama sekolah ini ditukar kepada Sk Sugud pada tahun 1981 setelah bangunan baru(sekarang) dibina oleh Kementerian Pendidikan.
Pada 20 hb. Mei 1982 ,perasmian sekolah ini disempurnakan oleh YB. Datuk Haris Mohd. Salleh,Ketua Menteri Sabah pada masa itu.
Pada tahun 1955 ,bangunan yang mengandungi sebuah bilik telah dibina yang menempatkan bilik guru besar,bilik penolong-penolong kanan,bilik guru dan pejabat , pada tahun 1996 pula,sebuah kantin telah dibina oleh PIBG.
Pada tahun 2003,sebuah makmal komputer telah didirikan yang mengandungi 12 buah komputer iaitu 10 untuk murid ,1 untuk guru dan 1 untuk server
Ain Khadijah added a blog post
2 years ago

